SELAIN MELALUI PEMAKANANAN UNTUK MENJAGA KESIHATAN DAN PENJAGAAN BADAN, CARA LAIN YANG BERKESAN ADALAH DENGAN CARA BERSAUNA. SAUNA ADALAH MERUPAKAN CARA TRADISIONAL YANG AMAT BERKESAN JIKA DIAMALKAN SELALU.

Photobucket

Friday, June 4, 2010

Jade Fir Sauna

Jade Fir Sauna - RM 660


Terdapat 3 warna.
Tidak memerlukan periuk stim.
Saiz Sauna : 96 X 80 X 106 cm
Mudah dilipat.
Kain tebal dan berkualiti.
Boleh kawal masa antara 5 hingga 30 minit.
3 panel pemanas : 1 belakang, 2 kiri dan kanan.
Mempunyai 6 tahap suhu ( 40, 45, 50, 55, 60, 65)
Boleh set suhu yang dikehendaki.


Set Jade Fir Sauna

Juga termasuk


Cara Pemasangan Jade Fir Sauna




JADE FIR SAUNA:

JADE FIR SAUNA diperbuat daripada 3 lapisan kain, di mana mengandungi pemanas infra merah. Jika di persekitaran yang sememangnya panas, sauna infra merah selalunya dibuat di kawasan terbuka dan masih memanaskan penggunanya dengan cara yang serupa, memandangkan pemanas tersebut tidak bergantung kepada cuaca yang panas, tetapi kepada cuaca yang ‘suam’ di mana pengguna pasti akan mengeluarkan peluh. Kebiasaannya, sauna ini akan ditempatkan di dalam ruang, yang membenarkan udara mengeluarkan haba dan memberikan kesan sauna tradisional. Di dalam perkataan lain, JADE FIR SAUNA menghasilkan suasana bersauna manakala pengeluar haba (heater) tersebut memberikan terapi infra merah yang sebenar.

Di dalam sauna infra merah, pengeluar haba infra merah tersebut akan mengeluarkan sinaran tenaga, yang menyerupai sinaran matahari tetapi tanpa sinaran sinar ungu yang berbahaya. Hampir semua pengeluar haba (heaters) dibuat mengikut teknologi yang dihasilkan pada tahun 1965 oleh Dr. Tadashi Ishikawa, ahli Jabatan Penyelidikan & Pembangunan Fuji Medical.


Faedah Kesihatan

Membakar kalori dan mengawal berat badan
Semasa anda sedang berehat di dalam sauna infra merah jauh, badan anda sebenarnya sedang ‘bekerja’, menghasilkan peluh, mengepam darah dan membakar kalori di dalam badan anda. Di dalam setiap sesi sauna yang anda jalani, anda sudah pun membakar kalori sebanyak seperti jika anda berlari atau joging selama 30 minit. Jadi anda sebenarnya ‘membakar’ berat badan, dan bukan hanya membuang air berlebihan di dalam badan.

Meningkatkan Peredaran Darah dan Menguatkan Sistem Jantung
Semasa badan anda meningkatkan pengeluaran peluh untuk menyejukkan badan, jantung anda bekerja lebih kuat mengepam darah dengan kadar yang lebih pantas untuk meningkatkan peredaran darah, yang mana ia menyerupai keadaan seolah-olah kita melakukan senaman. Bacaan jantung dan metabolisma meningkat, manakala bacaan tekanan darah menurun, di mana kesan keseluruhan jantung diperbaiki.

"Kebanyakan dari kita berlari untuk menguatkan system jantung, bukannya untuk membina otot kaki yang besar. Penggunaan sauna yang berterusan memberikan kesan kepada sistem jantung hampir sama seperti berlari, dan mungkin juga efektif sama seperti jika kita sering mengamalkan senaman yang membakar kalori dan menguatkan jantung. Kepada orang biasa, pengamalan sauna boleh membuang peluh sebanyak 500 gram, iaitu hamper bersamaan dengan 300 kalori." Dari jurnal “American Medical Association”.
7 Ogos, 1981.

Melegakan Kesakitan
Sinaran haba infra merah jauh yang menembusi ke dalam badan kita membantu membuka saluran darah untuk memberikan kelegaan dan menyihatkan otot serta tisu lembut yang cedera. Ia juga membantu membekalkan darah untuk masuk ke otot yang kekurangan oksigen, supaya kecederaan (jika ada) boleh sembuh dengan lebih cepat. Otot-otot hanya akan berehat apabila tisu badan sudah ‘panas’, supaya badan mudah ‘melentur’ dan memudahkan pergerakan. Melegakan Sakit Sendi dan Lenguh-lenguh
Di eropah, terapi sinaran haba digunakan secara meluas untuk merawat pesakit yang menghidapi pelbagai penyakit berkaitan saraf. Sauna telah terbukti dapat merawat secara efektif sakit-sakit seperti terseliuh, neuralgia, bursitis, sakit otot yang menyerang secara tiba-tiba, sakit sendi, dan lain-lain penyakit berkaitan dengan tulang dan otot. Banyak sakit akibat ketegangan, pedih dan lain-lain yang berkaitan dengan usia lanjut dapat dikurangkan atau dibuang terus.

Menghilangkan Selulit
Sauna Infra Merah membantu menghilangkan selulit, lemak tepu, air berlebihan dalam badan, dan toksin-toksin dalam badan manusia. Ramai pakar kecantikan di eropah menggunakan sauna sebagai salah satu rutin harian di dalam program-program membuang selulit mereka. Dan oleh kerana sinaran haba infra merah jauh ini berkesan 3 kali lebih baik berbanding sauna biasa, ia pastinya lebih efektif dalam proses membuang selulit.

Membuang Toksin dan Sisa Kimia
Peredaran darah yang lebih banyak merangsang kelenjar peluh, membuang segala toksin dan sisa kimia di dalam badan. Perpeluhan setiap hari boleh membantu membuang toksin di dalam badan anda yang boleh menyebabkan datangnya penyakit kanser seperti lead, merkuri, zink, nikel, cadmium, juga alcohol, nikotin, sodium, asid sulfur dan kolestrol.

Mencantikkan kulit
Perpeluhan yang banyak akan terjadi hanya selepas beberapa minit apabila berada di dalam bilik sauna infra merah jauh, membuang segala kotoran dan sel kulit mati, menjadikan kulit bersih berseri dan bercahaya. Peredaran darah yang baik akan membuatkan kulit muka kelihatan sihat dan cantik. Anda akan dapat melihat perubahan kulit yang lebih ketara; tona kulit yang lebih sekata, tegang, tekstur yang lebih cantik dan warna kulit yang lebih asli. Ia juga dapat melegakan jerawat, ekzema, psoriasis, kulit terbakar, bintik-bintik dan tompok-tompok, serta luka-luka ringan. Kecederaan terbuka juga dapat diubati dengan lebih cepat dan mengurangkan kesan parut.

Menguatkan Sistem Imun
Kesan haba sauna yang mendalam akan menaikkan suhu badan, seolah-olah anda ‘demam’ sekejap. Semasa sauna ini ‘melawan demam’ tersebut, system imun badan anda sebenarnya menjadi lebih kuat. Tambahan pula apabila segala toksin dan kotoran dibuang melalui proses perpeluhan tadi, kesihatan dan system imun anda menajdi lebih baik.

Mengurangkan Tekanan (stress) dan Keletihan
Kemungkinannya, kelegaan yang paling anda boleh nikmati hasil penggunaan sauna ialah tempoh istirehat semasa penggunannya. Ini kerana sauna akan ‘mencairkan’ semua tekanan daripada kehidupan dan kerja anda. Beberapa minit berada di udara sauna yang sedikit panas ini sebenarnya amat membantu memberikan anda kesan pengurutan di seluruh badan, melegakan sendi dan saraf serta otot yang ‘tersimpul’. Anda akan merasa lebih bertenaga dan lega, secara fizikal dan mental.



JIKA BERMINAT UNTUK MEMBELINYA..

SILA HUBUNGI:-
yaz - 0198406214 atau email kepada udangsauh@yahoo.com
** Harga Sauna tidak termasuk kos penghantaran,
** Sila Sms @ email untuk mendapatkan harga promosi

No comments:

Post a Comment